Sunday, July 25, 2010


Ayat-ayat selusuh

Ikhtiar untuk mudah bersalin dan betulkan kedudukan janin yang songsang:

Ayat-ayat ini dibaca kepada:

Air mutlak / air zam zam : untuk tujuan minum
Kurma atau kismis: untuk tujuan makan
Minyak zaitun: untuk tujuan urut di perut


Al Fatihah: 1-7
Al Baqarah: 255
Ali Imran: 35-37
An Nahl: 78 - (7 kali)
Al Isra’: 82
Maryam: 22-26
Al Hajj: 22
Al Mu’minun: 12-14
Az Zumar: 6
Al Ikhlas: 1-4 - (3 kali)
Al Falaq: 1-5
An Naas: 1-6
At Thalaaq: 2-3
(ayat tawakkal / penutup / kunci)

Tiup sehalus jarum sehingga habis nafas kepada bahan-bahan tadi dengan berserta niat.
Boleh diamal ketika sepanjang tempoh mengandung atau semasa sakit hendak bersalin.

Semasa mengandung: Air diberi minum sekali sehari sebelum maghrib. Minyak diurut sekali sehari sebelum tidur. Kurma dimakan sebiji sehari 1 jam sebelum makan pagi setiap hari.

Semasa sakit bersalin: Air diminum (jika mampu) dan sapu di perut. Minyak disapu diperut. Kurma / kismis dimakan (jika mampu).

Dipetik dari:
http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009_07_01_archive.html

Ayat penawar ketumbuhan dlm rahim dan barah usus


Ayat-Ayat Al-Quran yang dibaca selepas Solat Subuh dan Maghrib bagi ikhtiar perubatan:

SURAH A’RAAF 7 : AYAT 70-81

SURAH AR-RAD 13 : AYAT 16 – 28

SURAH ASY-SYUARAA 26 : AYAT 185-227

SURAH AZ ZUKHRF 42 : AYAT 52 – 70

SURAH AZ ZUMMAR 39 : AYAT 42 – 52

SURAH AL MUKMINUN 23 : AYAT 91 – 100

SURAH FUSSILAT 41 : AYAT 41 – 54

SURAH GHAFIR 40 : AYAT 67 - 77

- PERUBATAN SYIFA ALHIDAYAH

enam ayat syifa

Imam Abu Qasim Qushairi rah. telah dilaporkan berkata: "seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir maut. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifa'? Mengapa tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah s.w.t.) disembuhkan?" Setelah jaga aku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Quran) maka aku temui ayat-ayat itu pada ENAM tempat. Ianya adalah seperti berikut:

Surah At-Taubah: ayat 14

Surah Yunus: ayat 57

Surah An-Nahl: ayat 69

Surah Al-Isra' :ayat 82

Surah Asy-Syua'ara' : ayat 80

Surah Fushshilat: ayat 44

Monday, May 17, 2010

Hari Guru 2010

Semalam 16 Mei - Hari guru. Sudah 28 kali Hari Guru Makteh lalui selama bergelar guru. Ini sekolah keempat Mak Teh. Ada beza ke? Banyak juga. Terutama bila cakap pasal hadiah. Dulu baru mengajar di sebuah sekolah agak terpencil di Kuala Selangor, setiap kali Hari Guru yang seronok nya bila murid-murid bawa hadiah. Macam-macam.... tapi ikut latarbelakang murid kat situ lah. Ada yang bawa buah-buahan; pisang, buah mangga, betik ... ikan sungai.. udang galah dan ketam pun ada. Best juga. Di sekolah kedua lain sikit. Sekolah besar. Masa tu kalau lepas hari guru sebulan dua tak payah beili sabun mandi dan tisu paper. itulah hadiah paling popular selain pen merah. Yang makteh tak boleh lupa, ada seorang budak ni hadiah kain batik sampai 2 helai kat makteh. Terharu la juga. Bila dibelek2 kain-kain batek tu nampak macam dah guna. Rupanye mak dia bagi kain batik neneknya yang dah meninggal. Kemudian makteh bertukar ke Perak ikut suami. Sekolah kali ni lagi besar. Muridnya pun dari latarbelakang yang berbeza-beza. Hadiah nye ... memang berbagai-bagai lah termasuklah telekung, kain ela, tudung, mug, barang-barang hiasan dsbnye. Paling seronok anak-anak makteh. Bila balik rumah, merekalah yang sakan membuka bungkusan hadiah. Barang-barang tu masih ada yang makteh simpan sampai sekarang. Tetapi as time goes by, hadiah makin kurang diterima terutama bila bertukar ke present school. Jadi Guru HEM, kena jaga disiplin. Hadiah pun makin berkurang. Kadang2 langsung tak ada. Begitulah bila cerita bab hadiah. Walau apa pun, Makteh tak terkilan ...... sebab makteh rasa yang penting apa yang dapat makteh beri pada anak bangsa bukan apa yang patut diterima. Kejayaan anak didik makteh lebih utama. Kepuasan tak terhingga bila mendengar berita kejayaan anak-anak yg pernah makteh didik. Terutama bekas murid2 makteh diSKDS dulu . Ramai betul yg dah graduate. Termasuklah 2 anak perempuan makteh. 2 org lagi adik-adik lelakinya, juga insyaallah akan mengikut jejak mereka. Alhamdulillah.... syukur akan nikmat Allah.

Friday, April 23, 2010

Hari ni first time belajar buat blog. Payah nak faham, maklum dah usia senja ni. Tapi oklah boleh
juga. Orang kata never too late to learn.

trial 2

senjakala, mari kita pulang~